Thursday 21 June 2012

FaShIoN pHoToShOoT @ wHiTe RoOm StUdIo

(kiri)Talent 1 : Yatie Syamsul / Mua : Ferra Farra Firdaus / Hijab : YS Beauty / Wardrobe : HH By Hera Helmi
(kanan) Talent 2 : Kiky Valencia / Mua : Eliana Qila / Hijab : YS Beauty / Wardrob : HH By Hera Helmi

Akhirnya hari yg saya dan mungkin beberapa org kawan sy tunggukan menjelma juga.  Pada 17 JUN 2012, sy pun dgn bersemangat mengangkat barang2 yg perlu utk hari pengambaran di studio ke dalam kereta.  Mya sy bawak sekali, asfa turut menemani sy kali ni....terima en. asfa heheheh syg awak ketat2 tau....Walau bagaimanapun tidak semua perjalanan itu indah, malam sebelumnya sy menerima mesej dari HH by Hera Helmi mengatakan bahawa dia tak dpt hadir utk photoshoot menghantar baju, maka sy kena ambil di bangi keesokan harinya.  Maka pagi 17.6.12 itu kami bergegas dahulu ke Bangi utk mengambil baju2 tersebut.  Setelah baju2 tersebut diambil, kami terus ke Masjid Putrajaya utk pick up Mohammad S. Noor aka syafiq yg dihantar ayahnya. mmg la kami lewat sedikit tp kena fahamlah kami ada kerja bukan tengah bersenang lenang kan...ni tiap2 5 minit dia call tanya sy di mana dan berapa lama lagi. sy jelaskan bahawa ada beberapa perkara yg sy perlu selesaikan pagi ni disebabkan beberapa perkara yg tidak dijangka. Dalam masa yg sama AsZ Cikita pula belum sampai dari Rawang dan beliau sanggup naik tren 2 kali ke putrajaya.  sy salute cikita kerana sanggup bersusah payah utk event ini. terima kasih byk2. akhirnya jam telah pun pukul 11am. cikita lum sampai lagi maka sy terpaksa pergi ke studio dan tinggalkan asfa dan mya utk pick up cikita dari Putrajayajaya sentral. kami sampai ke studio jam 11.30 am.  Liza, jeehan dan hanie dh sampai. ferra, kak shira, yatie dan izzati bergerak sekali dr masjid putrajaya. sesampai di studio ewan jade pulak tak sampai2 lagi...mana ni organizer....Sesungguhnya ini adalah hari yg sgt2 sibuk kerana kerja aku asyik menjawab panggilan telefon heheheh tu la sape suh amek studio jauh2...haahahha padan muka aku...hihih....

MUA : SITI SHAHIRA AHMAD
HIJAB : YS BEAUTY
WARDROBE : OHH CLOSET

Sebelum sampai ke studio aku lagi dikejutkan dgn mesej dari salah seorang talent yg sepatutnya dtg 2 lagi talent lelaki...tp dgn selamba ckp ..."sorry sy dan bf tak boleh dtg hari ni"....just like that. bila aku tanya kenapa? tak dijawab sampai sudah. ok la nak buat mcm mana ye tak...harung jek la..tapi sedih jugak la sbb with this kind of attitued...kalau tak boleh join ckp je dari awal tak leh join, so sy boleh cuba dptkan org lain yg eager nak tp dah last minit...so lantak le.....tp no more next time la......yg bagi alasan jauh pun ada. jauh ke kl ke puchong? aku ada kwn yg datang dari Bandar Pusat Jengka, datang dari melaka hari tu. dia yg sekangkang kera pun boleh ckp jauh. ada talent yg tak tau jalan dr kl tp naik cab sbb takut sesat. sampai jugak. ada yg dtg dari rawang naik tren berkali2 pun alhamdulillah sampai...tu la effort namanya...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....terima kasih pada semua yg datang pada hari tu...korang semua buat aku terharu....dan aku dpt kenal sorang model freelance dr seberang kiky namanya sgt baik dan memberikan kerjasama yg bagus gitu....terima kasih juga.
Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Tepat dan penuh misteri, walaupun shooting kami hari itu agak kelam kabut kerana kekurangan mua tetapi kerjasama yg diberikan akhirnya berakhirlah shooting kami hari itu dgn kepenatan dan kelaparan...hehehheeh....aku terlupa nak menyediakan makan utk participant. harap maaf kan aku ya...len kali kita upah org masak utk kita ya.....selepas itu kami serbu ipoh station di bawah studio dan melahap dgn penuh kesedapan. hehehehe....kami bergerak pulang lebih kurang hampir nak maghrib...AKU kepenatan tahap gaban hari tu....aku migrain dan tak bangun2 sampai keesokan harinya hehheheh...maaf bos...PA bos ni dah tua...hihihi

























AWAL LAGI - TV PROGRAM FOR AWAL ASHAARI DI KLCC

Shooting utk program ni dibuat di Starbuck, KLCC pad a16 JUN 2012.  Call time jam 6.00 ptg. Tapi aku dah sampai awal sebab sebelum tu aku dah ada kat MATIC menyelesaikan kerja kat sana. jam 3 pm aku dah terpacak kat klcc dgn ema...kami jumpa YAAYA Young .... a young fashion designer yg bakal mengeluarkan koleksi pakaiannya sendiri nnt....dan kami tak sabar nak menjadi yg pertama memakainya....dah tgk design dia mmg boleh letup punya...hmmmm yaya cepat skit jahit ya...kami nak pakai.  hehehhe...semasa kat KLCC kami sempat lagi merayau dan tiba2 ternampak satu fashion show utk butik HAJABA wow!! mabeles koleksi mereka kali ni....kami ada ambil gambor few of collections nya....mmg superb la ....nnt kita update ye...meleleh air lior tau...hahahaha....jam 6 pm tu aku dah gerak ke starbuck utk berkumpul dgn MUA2 lain....masyallahhhh panas giler kat starbuck tu...rupanya bekalan elektrik utk satu section lagi diputuskan bagi laluan kerja2 construction huhuhuhu....kesian kat Awal sbb dia mmg sweaty punya. aku dah susah hati sbb BB aku dah kehabisan oksigen. aku mesti kena cari plug ....plug plug where r u...akhirnya berjumpa jugak plug kat tepi starbuck tu....so sementara kami menunggu bb ku dioksigenkan kami pun melepak di situ....sambil senyum tgk org lalu lalang. so far yg berjaya lalu depan kam adalah Nabila Huda anak amy search, Johan Ashaari, dan SCHA Al YAHYA sendiri hahahahah siap tegur kami lagi " AWAL DAH SAMPAI? aku terpaku hahahahahahah...aku geleng kepala je pun hahahahha....apa pun experience ini adalah terbaekkkk.....awal tak sombong , nabila pun tak sombong, dira pun tak sombong, tauke super spontan pun ok gak, johan ashaari pun nice, pendek kata semua kat situ mmg bagus dan tak sombong.....Good Luck Awal...ada rezeki wa join lagi lu punya program ok...hehehe.chao












Wednesday 20 June 2012

HANUM DZULIASREEN - HIJABISTA

Hi....ini kisah sy di pagi 16 JUN 2012, hihi hari yg paling pack dlm minggu tu.  Seawal 9.15, Hanum dah sampai kat rumah sy tau...heheheh....sian dia....Hanum minta bantuan sy utk menyolekkan dia utk satu contest Hijabista di I-City Shah Alam jam 2.00 ptg.  Sepatutnya pagi tu Hanum ada shooting tp ditunda ke petang kerana clash of programm....So, sya mekapkan Hanum pagi tu semoga mekap tu berjaya bertahan hingga ke petang itu jek doa sy ni hahhahaah....walaupun saya tau mekap yg sy buat tu insyallah tak kan jadi apa2...hingga ke petang.  Sebaik selesai mekapkan Hanum sy terus bergegas ke MATIC pulak utk mekapkan Misha Musa bagi program Classic & Vintage oleh group Durianz...... Apa pun Hanum Tahniah kerana berjaya memenangi cheque bernilai RM500 hari tu ya....hihihi  u deserved it babe.....:D













Thursday 14 June 2012

PHOTOSHOOT CLASSIC & VINTAGE IN MATIC


Pada 16 Jun 2012 ni joy join event ni. saja2 suka2 cari pengalaman. tapi selepas event ni selesai, joy akan terus ke KLCC sebab ada rakaman utk Program Talkshow di hostkan oleh Awal Ashaari ...

UPDATED : MATIC, JALAN AMPANG

Pagi sebelum ke MATIC ni joy kena make-up kan Hanum Dzuliahazreen sebelum dia ke Pertandingan Hijabistas di I-City Shah Alam.  Alhamdulillah, Hanum dpt tempat pertama hari tu....wah gumbira rasa hati...hihih tahniah Hanum, u deserve it babe.....Selepas selesai mekap Hanum pagi tu joy terus bergegas ke Jalan Ampang, hati dah risau sbb dah terlewat drpd calltime yg diberikan iaitu jam 11 am. joy sampai jam 11.30 di sana.  Joy bawa anak saudara buat teman pada hari ni sbb joy tau dia mmg minat dgn photography.  Joy harap dia enjoy hari tu. Thanks ema sheikh sbb sudi ikut umi ya. muahhh

Di bawah ni ada beberapa photo hebat hasil beberapa photographer yg hebat, cuma mekap sy je yg tak berapa nak hebat dibandingkan dengan MUA yang lain.  Tetapi apapun terima kasih Misha Musa kerana sudi menadahkan mukanya yg cantik jelita itu utk merasa air tangan joy...hehhehe...thank you gojes mummy....senang bekerja dgn misha...alhamdulillah....ok guys just enjoy the beauty of MISHA MUSA today.









OPS hampir terlupa, joy dpt peluang utk mentouch up sorang talent lelaki. tu yang ditengah2 tu...hahahah tp tak tau pulak nama dia..sorry ya...dia pun lepas je joy touch up terus blah mcm tu jek...huhuhuh...anyway terima kasih...talent lelaki ya...:D