Sunday 8 July 2012

ZaRiNa aNjOuLie & Me

Hi & assalamualaikum, hari ni sebenarnya mendebarkan jugak bila joy dpt satu job utk mekapkan seorang artis yg memang kontroversi kerana pose yg yg hot di satu majalah di Indonesia.  Its kind of satu perasaan, bagaimana agaknya bila bersua muka nnt. Memang suspen, apapun joy harus berterima kasih kepada Dazrina kerana telah memilih joy utk job ni.  Terima kasih byk2 ya Daz.  Seawal 7 pg joy dah keluar rumah utk ke Seri Pristana, Sungai Buloh.  Kami sampai lebih kurang jam 8 pg di simpang Saujana Utama. Kami bertanya kepada Polis Bantuan yg ada utk confirmkan jalan tetapi apa la punya Polis Bantuan ni, dia suh kami u-turn semula dan keluar ke jalan besar dan amek jalan ke shah alam.  kami ni dlm keadaan was2 pun buat jugak apa yg disuruh, dan akibatnya kami kena patah balik kerana jalan yg kami amek awal2 tadi tu mmg dah betul pun hahahahahah.....rasa nak tembak je polis bantuan tu tersangat la memberi bantuan hahhaahhaa....(gelak ni tahan marah tau har har har).  Kami sampai jugak akhirnya tapi kan Dazrina dan Zarina tak sampai2 hahahaha....akhirnya mereka pun sesat jugak hihiih....jam 10 pg baru sampai...hihiih....dan akhirnya kami bersua juga dgn Zarina.  surprise kerana dia tak seperti yang kami bygkan...mungkin kekwat atau sombong atau apa2 je la yg negatif hahahaha...teruknya kami ni kan Zarina hehhe...maaf la ye....tp akhirnya setelah bersua muka hiihi....lain pulak yg jadinya...kami kecoh pulak dgn gelak ketawa...haahhaha macam2 cerita pulak yg keluar......tp apapun yg berlaku hari ini adalah sgt manis dan sweet.....membuat kan sy berfikir semula, siapa kita sebenarnya...... suka kita, duka kita, perit kita, tak ada siapa pun yg tau....sepanjang masa Zarina sentiasa senyum walaupun dlm fb nya penuh dgn kata2 yg saya sendiri tak sanggup nak baca, dalam hati sy mula kagum dgn gadis ni...kuatnya dia...macam mana dia melalui semua itu...? doa saya semoga gadis bernama Zarina Anjoulie ini terus tabah dan diberikan kekuatan utk meneruskan kehidupan serta berdoa semoga suatu hari nnt menjadi lebih baik dr hari ini....terima kasih Zarina....:D 

Di bawah ni ada la beberapa photo yg kami sempat ambil sebelum, semasa dan selepas (hanya dari handphone jek) hehehe...









1 comment:

Unknown said...

Eh brader minat dia ni...hehe