Wednesday 16 January 2013

Pencarian Best New Designer, Talent & Mua Anjuran Stailista, Sentuhan Wan Eiza dan KBS Putrajaya

Assalam buat kali kedua nya joy sertai pertandingan.  Mungkin ada yg berkata, joy cakap tak mau sertai mana2 pertandingan.  ok, mcm ni... joy bukan anti pertandingan tetapi joy akan join atas sebab2 yg kukuh dan membawa pulangan untuk diri sendiri. bukan la joy ni pentingkan diri sendiri tetapi kita perlu ada satu platform untuk berdiri dan joy gunakan kesempatan yang boleh dimanfaatkan melalui pertandingan yang disertai.  Pada padangan peribadi joy sendiri, setiap apa yang dilakukan itu perlu kesederhanaan tak perlu berlebihan kerana kalau berlebihan akan jadi lain. kemungkinana akan membawa bencana atau musibah atas diri sendiri.  Sebaiknya ikut aje unjuran Islam itu sendiri, bersederhanalah kamu di dalam segala hal. setiap apa yg dilakukan secara berlebihan akan membawa mudarat kepada kamu sendiri.

Tujuan utama joy masuk pertandingan kali ni  adalah untuk memberikan pendedahan kepada new designer ni Yaaya Young.  Dia sgt berbakat dan perlukan pendedahan tp dia tak tau cara. maka ini saja lah yg joy mampu untuk membantu dia.  insyallah selepas ini joy harap yaaya akan terus melangkah dan tak lagi pandang belakang dan insyallah niat dia utk menyambung pelajaran dalam bidang fesyen akan membantu perjalanan yaaya.

Rekaan dan perincian yaaya terhadap busana tersebut mmg mendapat pujian daripada juri mlm tu.  cuba tgk rekaan busana ni ...




TOP 10 MAKE-UP ARTIST


Alhamdulillah syukur malam tu juga joy termasuk antara Best Top 10 Mua daripada 54 team yang bertanding.  Saingan Mua bukan la mudah, masing2 dengan pengalaman dan kehebatan masing2.  Tahniah juga kepada semua Best Top 10 Mua. :)  berada di kelompok 10 terbaik ini pun sudah mencukupi buat joy... sbb utk sampai ke tahap ini bukan mudah kerana MUA yang ada bukan sedikit dengan kepakaran masing2.  Tp yang paling penting sekali bila joy naik dengan Che Ai Zaleha jugak...tahniah babe... :)  Anggerik Desa, Emel Ismail, Azim, kak Yann rifft (Best Mua), dan ramai lagi yg hebat2... mmg tak sangka.. dan yg kelakar nya ... joy dgr nama joy dipanggil so joy pegi je la kat pentas... pastu siap tanya kat vieyna (zattera model) kategori apa ni? hhahahahahahahah teruknya kan hahhaa... top 10 mua?????? OMG... biar betul  :O..... hahhahaha... terima kasih semua...... :)








Tuesday 1 January 2013

NEW FACES CONTEST by MEFA 2012

Hi assalamualaikum,
sesuatu yg agak mengejutkan bila diumumkan sebagai pemenang utk Best MUA for New Face Contest for MEFA 2012 pada 30 Disember yang lepas.  My talent, Nensi pulak diumumkan sebagai pemenang Best Talent of New Face for MEFA dan photog kami pun tak  mau ketinggalan jugak hehehehe.. Ayie turut diumumkan sebagai pemenang ketiga bagi kategori photographer.  Infact photo kami yang di bawah ni adalah photo terbaik. syukur alhamdulillah....

in fact utk survive setiap minggu  dengan kekangan kerja dan tanggungjawab masing2 amat mencengkam.  selama empat minggu kami berhempas pulas utk menyiapkan task, sewa baju, studio, aksesori, mekap, peralatan dan macam2 lagi. asal bertanding terdapat 15 group yg akan turut sama tetapi hingga ke saat akhir tinggal hanya 5 kumpulan shj yg masih bersaing.  tetapi kali ni modul pertandingan sgt menarik dan munasabah. kami diberikan judge yg pakar dlm bidang masing2. ketua juri berpengalaman luas sebagai photography director, beliau turut menjemput rakan2 atau lebih tepat joy ckp teamnya sendiri iaitu marini sebagai editor majalahh WW (new high end magazine), emmy agung seorang make up artist, rashid hamid iaitu seorang fashion stylish.  mereka byk memberikan tunjuk ajar sehingga kami peserta ni tak rasa mcm bertanding pulak... byk ilmu yg kami dpt tetapi malangnya kami hanya dpt berjumpa dgn judge selepas menyelesaikan tugasan terakhir kami.  apa pun ilmu tetap ilmu.  kami tak lagi bersandarkan solekan tebal utk kelihatan cantik bahkan mula menggunakan foundation yg lebih tipis utk kelihatan lebih asli.

Kami dikumpulkan di MEFA contest pada waktu pagi utk diadili semula di atas pentas catwalk.  Setelah pemenang diumumkan sy berpeluang berjumpa dengan salah seorang juri pada hari tersebut... dan beliau sgt teruja utk mengadakan lagi contest seperti ini pada tahun hadapan dan beliau membayangkan akan menambah minggu lagi awhhhhhhh.... best giler tetapi fengsan hahahahahahaha.... mmg mencabar giler tetapi kepuasan yang kita dpt hasil setiap tugasan itu membuatkan sy dah tak fikir utk menang pun. hahahhaah.. asalkan dpt menghasilkan sesuatu yg memberikan impak kepada yg melihat itu pun dah cukup bagus. kalah menang adalah nombor dua...... thanks to my team nensi dan ayie. luv u 2 :D

alamak, kejap lagi joy sambung cerita mcm mana pengalaman kami sebelum final day. :) ada tugasan jap heheheh...

6.1.2013 (Ahad)

Hari ni joy nak sambung semula cerita kat atas yg terbengkalai .... cakap pasal contest ni joy phobia sgt2 sebab contest pertama yg joy join adalah Showkita....hahahah sebut showkita ni...ngeri pun terasa lagi... ye la.. joy newbie...hahaah ilmu paras dada itik ada hati nak join contest dgn org yg dah experience bertahun hahahah amek kaw....hihihi....tp apa pun itulah kayu pengukur utk joy supaya sedar diri, kalau ilmu takat dada itik tak payah le nak masuk contest hahha.. apa pun ia adalah satu pengalaman yg sgt berharga.  Joy stopkan diri drpd join mana2 contest dulu... bukan boikot tetapi lebih kepada berhati2.  apa pun dlm showkita, aida arshad byk membantu kami. tq sis. :)

Mmg ramai talent2 dan kawan2 yg ajak join contest tp hati joy lum terbuka lagi (huh..mcm nak jumpa jodoh pulak hehehe) joy cuma join event kecil-kecilan je.. tp jadilah utk menimba ilmu dulu..minta maaf la kepada kawan2 yg selalu mengajak joy utk join contest ttp joy tolak dgn baik dgn alasan belum sedia lagi...bukan sbb takut kalah tetapi rasa mcm belum bersedia lagi... :) hinggalah akhirnya nensi sinari dan ayie (team MEFA New Faces bersungguh2 mengajak joy masuk pertandingan ni dgn alasan penjurian yg berbeza. yup mmg betul berbeza apa bila kami dberikan task pada setiap minggu utk disiapkan. tugasan harus bersama dgn rujukan daripada vogue, harpers bazaar, serta pelbagai magazine international.  apa pun cabaran yg perlu dihadapi adalah daripada suami sendiri. dia tak suka joy masuk contest. huhuhuuh apa pun joy kena jugak cari jalan supaya en. suami bersetuju dan merestui. akhirnya berjaya jugak memujuk en. suami hihihi.. tp joy tau dia tak 100% tetapi dah isteri kan hihih.. mekasih byk2 ye. en. suami ... janji ditepati... sy dpt Best Mua.  :)


Terasa pengorbanan masing2 berbaloi apabila team joy dpt Best Talent oleh Nensi, 3rd placing utk Ayie - photog... tahniah kawan2. sememangnya utk task ke 3 dan 4 kami mmg all out. kami gunakan studio Dak Teropong di shah alam.  apa pun terima kasih kepada Dak Teropong kerana byk membantu kami bertiga dalam menyiapkan tugasan ... Tocey bro. :)






TAHNIAH AYIE - 3rd PLACING PHOTOG 

TAHNIAH NENSI SINARI - BEST TALENT NEW FACES MEFA KE-2 2012

HEHEHEHEH... ITS ME.. SMILING TAK HINGAT HAHAHAHA

TAHNIAH VEE, NENSI & ELIA - SHINE LIKE A DIAMOND

THANK YOU JUDGE - RASHID HAMID

THANK YOU HEAD OF JUDGE - WAN IZHAR ABU BAKAR

THANK YOU MARINI - :)

THANK YOU EMMY AGUNG - JUDGE

SWEET MEMORY GUYS... THANK YOU.. SHINE LIKE A DIAMOND

LUV MY TEAM :D