Wednesday, 16 January 2013

Pencarian Best New Designer, Talent & Mua Anjuran Stailista, Sentuhan Wan Eiza dan KBS Putrajaya

Assalam buat kali kedua nya joy sertai pertandingan.  Mungkin ada yg berkata, joy cakap tak mau sertai mana2 pertandingan.  ok, mcm ni... joy bukan anti pertandingan tetapi joy akan join atas sebab2 yg kukuh dan membawa pulangan untuk diri sendiri. bukan la joy ni pentingkan diri sendiri tetapi kita perlu ada satu platform untuk berdiri dan joy gunakan kesempatan yang boleh dimanfaatkan melalui pertandingan yang disertai.  Pada padangan peribadi joy sendiri, setiap apa yang dilakukan itu perlu kesederhanaan tak perlu berlebihan kerana kalau berlebihan akan jadi lain. kemungkinana akan membawa bencana atau musibah atas diri sendiri.  Sebaiknya ikut aje unjuran Islam itu sendiri, bersederhanalah kamu di dalam segala hal. setiap apa yg dilakukan secara berlebihan akan membawa mudarat kepada kamu sendiri.

Tujuan utama joy masuk pertandingan kali ni  adalah untuk memberikan pendedahan kepada new designer ni Yaaya Young.  Dia sgt berbakat dan perlukan pendedahan tp dia tak tau cara. maka ini saja lah yg joy mampu untuk membantu dia.  insyallah selepas ini joy harap yaaya akan terus melangkah dan tak lagi pandang belakang dan insyallah niat dia utk menyambung pelajaran dalam bidang fesyen akan membantu perjalanan yaaya.

Rekaan dan perincian yaaya terhadap busana tersebut mmg mendapat pujian daripada juri mlm tu.  cuba tgk rekaan busana ni ...




TOP 10 MAKE-UP ARTIST


Alhamdulillah syukur malam tu juga joy termasuk antara Best Top 10 Mua daripada 54 team yang bertanding.  Saingan Mua bukan la mudah, masing2 dengan pengalaman dan kehebatan masing2.  Tahniah juga kepada semua Best Top 10 Mua. :)  berada di kelompok 10 terbaik ini pun sudah mencukupi buat joy... sbb utk sampai ke tahap ini bukan mudah kerana MUA yang ada bukan sedikit dengan kepakaran masing2.  Tp yang paling penting sekali bila joy naik dengan Che Ai Zaleha jugak...tahniah babe... :)  Anggerik Desa, Emel Ismail, Azim, kak Yann rifft (Best Mua), dan ramai lagi yg hebat2... mmg tak sangka.. dan yg kelakar nya ... joy dgr nama joy dipanggil so joy pegi je la kat pentas... pastu siap tanya kat vieyna (zattera model) kategori apa ni? hhahahahahahahah teruknya kan hahhaa... top 10 mua?????? OMG... biar betul  :O..... hahhahaha... terima kasih semua...... :)








No comments: