Hasil kombinasi 3 tenaga wanita yang mengingini sesuatu yg terbaik utk wanita yang lain. Ayunee Kamil, Aida Farrell dan Joy sendiri telah berkolaborasi utk mencapai maksud ini. Kami mengadakan bengkel grooming bagi wanita dan gadis di sekitar agar lebih berketerampilan dan lebih yakin dengan diri masing-masing. semoga niat kami ini dipermudahkan Allah di samping membantu rakan2 niaga yang lain utk berkembang maju. aminnn.... :D
Daripada idea yg tercetus secara tiba-tiba maka lahirlah Bengkel Grooming A New You By Joy Hussin & Ayunee Kamil yang pertama. Kenapa kami katakan yang pertama kerana selepas ini kami akan mula bergerak ke seluruh negeri di Malaysia bagi menyampaikan hasrat kami di samping mengintai peluang-peluang bisnes utk rakan2 niaga yang lain.
Para peserta berpeluang untuk menggayakan tudung yang disediakan oleh penaja bersama kami iaitu Aida Farrell. Melakukan praktikal bertudung yang lebih santai, ringkas dan cepat amat kami gemari dalam bengkel seperti ini.
Model solekan kami pada hari tersebut Nensi Sinari Ismail.
Kami turut mengeluarkan sijil penyertaan kepada peserta serta sijil penghargaan kepada penaja hijab kami pada hari tersebut.
Siapa kata kami tak happening hari tu, sambil kami berbengkel kami juga enjoy sgt2 hari tu... mengeratkan silaturrahim dan memanjangkan networking masing-masing.
No comments:
Post a Comment