Wednesday, 13 February 2013

LAUNCHING OF LADYRANIA MALAYSIA COMMUNITY

Assalamualaikum semua,
Dah agak lama, joy tak update blog ni dengan tugasan dan aktiviti joy kan.  bukan dah lupa tp kesibukan sbb berebut Lappy dgn Cik Mya...hahaha anak joy yg umur 6 tahun ni ha. Sibuk jugak sebab melaksanakan tugasan mengaudit jabatan dan negeri. berkejaran dengan task utk 2 event termasuk Launching LadyRania Malaysia terutama sekali.  preparation awal adalah jemputan kepada mana2 butik online atau outlet yang sudi berkolaborasi dengan LRM, kemudian mengeluarkan itinerary program. jemputan kepada media, VIPs.  sehinggalah ke saat akhir pun joy tak sempat nak sediakan teks ucapan pun hahahha... adoi teruk betul kan pengerusi ni tp joy tak fikir itu adalah satu masalah pun....hahaha apa pun ikutila story the making of LadyRania's Event ni ya.




Ini adalah antara AJK Tertinggi Komuniti LadyRania Malaysia bersama dengan owner Zattera Apparel iaitu Adriatie Mira Fuad yang sgt kuat menyokong LadyRania.  Terima kasih Kak M. jasa mu dikenang hihihi.. muah... gituu...  Dari Kiri Cik Atyn - Bendahari, Cat Rieza - Naib Pengerusi, Joy sendiri, Kak M dan Nik Azidah - Setiausaha.


Paparan secara online bagi memaklumkan siapakah yg terlibat di balik tabir kejayaan Pelancaran LRM tempohari... :) ramai kan hehhee.. syukur alhamdulillah... terima kasih tak terhingga di atas support yang diberikan diharapkan agar berterusan ya. aminnn... semoga masing-masing beroleh keuntungan daripada hasil kolaborasi bersama pada kali ini.  mungkin hasilnya tak nampak sekelip mata tetapi insyallah jika betul marketing strategi masing2 insyallah pasti berjaya.  LRM adalah platform untuk anda dikenali dan mengenali.


haaaaa.. ni la buku aturcara program kami pada hari tu. comel dan simple jek.. maklumlah mana lah kami mampu nak print yg mahal2 so seadanya la kan hihih.. tp yg penting pengisian majlis betul tak.  buku aturcara ni joy buat sendiri jek. nak jimat masa dan duit. janji tetamu dpt tau apa isi program kami hari tu jadi la... 


Ini pula senarai AJK tertinggi LRM...dan senarai tetamu jemputan.  Ada di antaranya tak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu. kami paham. jangan risau ya. terima kasih kerana sudi memberikan jawapan :)


Ni pula adalah program kami pada hari tersebut.  Joy paham kalau ada yg merasakan bahawa program yg diatur agak bercelaru. tetapi apa pun kami dah nyatakan dengan terang di dalam buku aturcara bahawa pendaftaran bermula pada jam 1.00 pm - 1.55 pm.  cuma kami mengalami sedikit kesulitan apabila kertas pendaftaran kami telah hilang maka kelewatan berlaku untuk pendaftaran. kami mohon maaf. tp tak pe la siap yg pedulikan...hehehe... apa pun crew kami sedaya upaya utk mendaftarkan anda dengan kertas yg ada berhampiran.  kami cuba mulakan majlis pada jam 2pm tetapi kami masih menunggu kehadiran VIP yg lain. maka delay lagi... tetapi kami berjaya memulakan acara pada jam 2.30 pm tanpa lewat dengan mempersilakan semua tetamu dengan hidangan yang ada.  Alhamdulillahhh...tak de la lewat mana pun kan hehehehe... apa pun kami mohon maaf juga kerana ini adalah pertama kali menganjurkan majlis dengan kehadiran ramai rakan2 VIP dan rakan2 media jadi gemuruh tetap terasa ... harap maaf ya andai banyak kekurangan kami.  

Gemuruh kami adalah untuk memastikan agar majlis tetap berjalan seperti yang dirancangkan walaupun itu bermakna joy sendiri terpaksa turun tangan. dan joy percaya hari tu ramai yang tertanya2 kenapa muzik tidak berkumandang semasa makan kan...hahaha joy sendiri pun rasa sunyi rupayanya laptop tu plak yg lapar aahha.. terpaksa di shutdown dulu then on semula baru la nak berbunyi lagu hhehheheh.. ampun ya... masalah teknikal pulak. jadi utk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tak diingini,maka joy sendiri sanggup berdiri di sisi audio .... terima kasih abg audio...:D

waktu tu mmg berdebar sbb takut berlaku byk kesilapan dan gangguan....tambahan pula projektor hotel pulak mengalami kerosakan aduhhh Ya Allahh dugaan pada waktu itu... mujur abg audio ada kawan maka disewakan kepada kami on the spot. terima kasih lagi ya Allah... maka puan rozanidar dgn selambanya membenarkan slotnya digantikan terlebih dahulu dgn acara cabutan bertuah bagi memberi ruang kepada abg audio dan kawannya memasang projektor... terima kasih puan rozanida... :) anda sgt sporting.


Sebelah kiri adalah puan rozanida iaitu formulator RA8.  salah seorang yang mendapat anugerah emas di korea dengan research yang dilakukannya ke atas product RA8 yang dipatenkan oleh SIRIM dan setanding dengan produk SKII. hmm nak cuba?


Kehadiran Aziah Jasmin sebagai Jurucakap RA8 dan foundernya YM Raja Azam Baeizah Raja Mokhtar juga amat mengharukan joy sebenarnya. ialah siapa la kami ni ladyrania yang baru nak menapak tetapi mereka sudi menjadi tetamu dan sekaligus menyokong aspirasi yang ladyrania ingin bawakan kepada wanita muslimah.  Apapun kehadiran mereka ini sedikit sebanyak mencetuskan semangat tersendiri kepada kami di ladyrania. tq kuza and aziah...jasa mu turut dikenang....


kehadiran En. Anwar Razali - Editor STAILISTA dan Ariel ke event kami juga merupakan satu kejutan sebenarnya.. apa pun terima kasih en. anwar... teruskan menyokong kami insyallah setiap program yang kami jalankan kami akan pastikan ada pengisian.  :) 


Kehadiran 2 org kembar seiras ini turut memberikan impak kepada majlis ini apabila mereka direbuti oleh ramai photographers dan gadis2 manis untuk bergambar.  terima kasih ida & ina mansor kerana sudi hadir walaupun dgn hanya Pesanan Ringkas oleh Cik Atyn sebelum ini.  Kami amat berbesar hati menerima kehadiran anda berdua di majlis kami walaupun majlis kita bermula sedikit lewat daripada waktu sebenar tetapi alhamdulillah...semoga jgn serik ya join event kami selepas ini.  kehadiran anda berdua menambahkan seri majlis ladyrania pada hari tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada Love Bunga Querida dan zura kerana setia menemani twins ini yang tak mau duduk di meja VIP walaupun mmg telah dimaklumkan terlebih awal lagi membuktikan mereka ini sgt2 humble dan sweet.  :) having u with us is pleasure dearies... tq :)


By having kak M dan Zattera's Wardrobe is like a dream come true. i worked with them during the fashion show and it was amazing team.  tak sangka kali ni Zattera comes as the Super Heroes, saving us from last minute back out and less to my expectation kak M would agreed.  it tooks only few second after i pm her, she replied ok i am in.... i was so shocked and almost like to pengsan hahahahahah.. seyes cakap mmg i nak pengsan hahahahha.. says Zattera nak kollaborasi dgn kita yang entah siapa2 ni...Allah Maha Besar. this big opportunity i tak kan lepaskan... there u go zattera produce semua baju2 yg fresh baru dijahit khas utk event ladyrania OMG.. i am so honoured kak M and team ... TQ TQ


and that was me, being interviewed by Safiyya TV9 hahhahaha entah apa2 la yg i merepek tu hahahaha... pls jgn gelak ye kalau tertengok ke hahahahaha...malu ai tau ...hahahaha.. apa pun terima kasih kepada Shaffin and Team Safiyya TV9 kerana sudi hadir pada hari tersebut. harap maaf di atas segala kesulitan pada hari tersebut ya.  :)

Walau pun berlaku pelbagai perkara yang sgt mencabar kami dan crew2 ladyrania tp kami tetap tersenyum dan mengharapkan agar yg hadir berpuas hati walaupun kami tau kami tak mampu memuaskan hati semua org tetapi kami tau kami telah mencuba sebaik mungkin sebagai first timer. harap teguri kami dan janganlah kami hanya dipersalahkan.  Terima kasih kepada yang hadir, rakan media dari utusan, femag, serta mungkin sy tak perasan pada hari tersebut.  

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah segala kelemahan dan kecacatan itu adalah daripada kami. 

bersambung .... :)


No comments: